2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Program Outreach Santuni Wanita

1 / 21 foto

Kota Kinabalu, 27 Februari 2025 – Program Outreach Santuni Wanita yang berlangsung kelmarin telah menarik perhatian ramai dengan penyertaan yang sangat menggalakkan, mencecah 301 peserta. Acara ini diadakan di Ballroom Wisma Wanita dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk James Bin Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Program ini menampilkan panel penceramah yang berpengalaman, termasuk:

Puan Noor Azah Abd Rahmah, Peguambela & Peguamcara dari Pusat Bantuan Guaman Wanita Sabah (JHEWA), yang memberikan ceramah bertajuk "Hak Wanita dalam Perkahwinan dalam Aspek Perundangan".

Puan Dayang Siti Rohani binti Sedan, Penolong Pengarah dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, yang membentangkan isu serius mengenai "Penyalahgunaan Dadah & Kesannya kepada Keluarga".

Insp. Ho Shiau Wui, dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mengupas tentang "Bahayanya Judi Online Atau Atas Talian".

Selain ceramah, para peserta juga berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan maklumat mengenai kesejahteraan wanita, daripada kaunter-kaunter perkhidmatan Agensi serta menyaksikan jualan rahmah MADANI dan usahawan bimbingan JHEWA.

Acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan wanita mengenai hak mereka serta isu-isu penting dalam masyarakat. Bagi yang tidak dapat hadir, sesi program ini disiarkan secara langsung di YouTube. Anda boleh menonton siaran tersebut di https://www.youtube.com/live/BqFZ4AJP11c?si=ef6UIKE8ojIG4HIk.

Marilah kita sama-sama menyokong usaha ini untuk meningkatkan kesejahteraan wanita dan masyarakat!Β 

#OutreachSantuniWanita #KesejahteraanWanita #JHEWASabah

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.