2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah

Kajian Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah yang diterajui oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) merupakan sebuah projek penyelidikan yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kesejahteraan hidup wanita di Sabah. Sebanyak enam belas (16) domain utama telah digunakan untuk mengukur kesejahteraan hidup golongan wanita di negeri Sabah. Domain-domain tersebut telah dipecahkan kepada 6 sub-domain yang menjadikan jumlah domain kesemuanya sebanyak19 domain. Berikut merupakan 16 domain utama dalam IKWS:

  1. Ekonomi,
  2. Undang-undang yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Hak-hak dan Penguatkuasaan Undang-undang,
  3. Bebas Keganasan
  4. Kesihatan,
  5. Pendidikan dan Kemahiran,
  6. Sains dan Teknologi,
  7. Media,
  8. Alam Sekitar,
  9. Sukan,
  10. Keagamaan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,
  11. Pembuat Keputusan dan Politik yang turut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pembuat Keputusan dan Politik Kepartian,
  12. Mekanisme, Jentera dan Institusi Pembangunan Wanita,
  13. Kesaksamaan Gender,
  14. Pengangkutan Awam,
  15. Kehidupan Bekerja dan,
  16. Perumahan.

Orang Awam khususnya Wanita (18 Tahun keatas) dialu-alukan untuk mengisi Borang Kajian Indeks Wanita Sabah bagi membantu kerajaan meningkatkan kesejahteraan hidup wanita negeri Sabah. Sila klik di pautan ini. https://ikws.sabah.gov.my/

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.