2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: PROGRAM MEMBUGAR KEJURULATIHAN ANTIGANGGUAN SEKSUAL & SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT PENILAIAN OUTCOME BENGKEL KEJURULATIHAN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TOT AGS) SIRI 2 ANJURAN INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

1 / 4 foto

15 Mei 2025 - Telah diadakan satu program TOT AGS anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) bertempat di Dewan Mini Galleria Wisma Wanita yang mana telah dihadiri seramai 38 peserta dari pelbagai agensi kerajaan negeri serta persekutuan bagi peringkat Borneo di Kota Kinabalu.

Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) telah ditubuhkan pada tahun 2024 merupakan satu tribunal bertujuan untuk menyediakan satu platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan seksual secara mudah, cepat dan kos yang minimum. Justeru, TOT AGS ini merupakan penyampai kepada masyarakat berkaitan TAGS tersebut. Sesi ini juga bertujuan untuk meneliti dapatan, hasil serta impak pelaksanaan bengkel yang telah dijalankan sepanjang tahun 2024, di samping merangka penambahbaikan dan strategi susulan bagi meningkatkan keberkesanan program pada masa hadapan.

Selain itu, ia turut diadakan bagi memperkukuh jalinan integrasi di antara kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah dan Sarawak agar selari dengan matlamat misi ISM iaitu menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang sosial dan pembangunan sosial melalui penyediaan latihan, penyelidikan, dan kolaborasi strategik. Sebagai Jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga hal ehwal wanita di Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) sentiasa mengalu-alukan program berunsur pemerkasaan dan kelestarian wanita serta masyarakat khususnya di negeri ini. Oleh itu, JHEWA menyambut baik usaha ISM ini dan bersedia untuk mengambil bahagian secara serius dan menjadi rakan kolaborasi bagi program berkaitan antigangguan seksual di negeri ini.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.