Bengkel Klasifikasi Fail Fungsian yang dianjurkan khusus untuk warga kerja JHEWA pada 22-23 Mei 2025 di Bilik Latihan Tingkat 3, Wisma Wanita, telah berjaya dilaksanakan.
Bengkel ini berjaya meningkatkan kompetensi dan pengetahuan warga kerja dalam pengurusan fail dan dokumen secara sistematik, yang seterusnya memperkukuhkan lagi keberkesanan pengurusan maklumat di jabatan.
Antara pencapaian utama adalah:
Image removed. Penyertaan penuh dan aktif daripada semua warga kerja setiap bahagian, menunjukkan komitmen tinggi terhadap peningkatan kompetensi profesional.
- Pelaksanaan bengkel berjalan lancar dan efisien,
- Peningkatan kefahaman warga kerja terhadap prosedur pengklasifikasian fail yang lebih sistematik dan berkesan, memudahkan urusan harian dan rujukan di jabatan.
- Penanaman budaya pengurusan dokumen yang lebih teratur dan profesional di kalangan warga kerja, yang akan memberi impak positif terhadap keberkesanan kerja dan layanan kepada pelanggan.
- Kesedaran dan semangat untuk menerapkan amalan pengurusan fail yang baik dalam tugasan harian, serta komitmen untuk menghadiri bengkel lanjutan di masa hadapan.
Di kesempatan ini, JHEWA juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar daripada Jabatan Arkib Negeri Sabah atas dedikasi, ilmu, dan bimbingan yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung. Sumbangan mereka sangat bermakna dalam memastikan keberkesanan dan keberhasilan bengkel ini.
Kejayaan ini mencerminkan dedikasi warga kerja JHEWA dan kerjasama erat semua pihak dalam memastikan pengurusan bahan dokumentasi yang lebih sistematik, profesional dan berpusatkan pelanggan. Ia juga menegaskan komitmen jabatan untuk terus memperkukuhkan pengurusan maklumat demi keberkesanan organisasi dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua.