2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Kursus Membuat Kerepek Berasaskan Pisang Berjaya Anjuran JHEWA di Bandau

1 / 10 foto

Bandau, 28 Mei 2025 β€” Kursus Membuat Kerepek Berasaskan Pisang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) selama tiga hari dari 26 hingga 28 Mei 2025 di DUN N.6 Bandau telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Program ini khusus ditujukan kepada wanita, terutamanya wanita rentang dan ibu tunggal, bagi memberi mereka peluang untuk mempelajari kemahiran baru serta meningkatkan pendapatan keluarga.

Seramai 26 peserta wanita dari komuniti sekitar menghadiri kursus ini dengan penuh semangat dan komitmen. Sepanjang tempoh kursus, peserta didedahkan dengan teknik pembuatan kerepek berasaskan pisang yang berkualiti, termasuk pemilihan bahan, proses pengeringan, dan teknik pemasaran produk. Aktiviti praktikal yang berlangsung memberi peluang kepada mereka untuk mengasah kemahiran secara langsung di bawah bimbingan pakar industri makanan tempatan.

Pihak JHEWA, menyatakan rasa bangga atas keberhasilan program ini. β€œKami amat berpuas hati melihat semangat dan keberanian wanita-wanita ini mempelajari sesuatu yang mampu membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga. Kursus ini juga diharapkan dapat membuka peluang perniagaan baharu untuk mereka,” ujarnya.

Selain itu, kursus ini turut memperkukuh jaringan dan kerjasama antara peserta, membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan idea untuk memasarkan kerepek pisang ke pasaran yang lebih luas. Pihak JHEWA berharap inisiatif ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada wanita-wanita yang terlibat, khususnya dalam memperkasakan ekonomi komuniti.

Dengan berakhirnya kursus ini, peserta diharap mampu menghasilkan kerepek berasaskan pisang yang berkualiti tinggi dan berdaya saing, sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.