2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Bengkel Kepimpinan Wanita Berwibawa (WOS) Siri 1, Kumpulan 14

1 / 11 foto

Tawau, 24 April 2025 β€” Sebuah program bengkel pembangunan kepimpinan wanita berwibawa siri pertama bagi Kumpulan 14 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Borneo Royale, Tawau. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Puan Hajah Haslina Ismail.

Bengkel ini bertujuan memperkasakan wanita dalam perkhidmatan awam negeri Sabah, khususnya pegawai wanita lantikan baru Gred N41 ke atas. Ia turut menampilkan penceramah bertauliah, Puan Norhana Abdul Jabar dan Puan Mazibah Mohd. Zain, yang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam aspek kepimpinan dan pembangunan wanita berwibawa.

Selain itu, program ini turut dihadiri oleh peserta dari kalangan pegawai wanita lantikan baru yang menunjukkan komitmen tinggi dalam meningkatkan kemahiran dan kompetensi mereka sebagai pemimpin masa depan.

Program ini diharap dapat memberi impak positif dalam pembangunan sumber manusia wanita di peringkat negeri, seterusnya menyumbang kepada kemajuan dan keberhasilan organisasi kerajaan Sabah.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.