2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Kursus Pembuatan Pelbagai Jenis Kuih-Muih Anjuran JHEWA

1 / 8 foto

Klias, 6 Jun 2025 β€” Kursus Pembuatan Pelbagai Jenis Kuih-Muih yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bertempat di Dun N.32 Klias. Kursus yang berlangsung dari 4 hingga 6 Jun 2025 ini mendapat sambutan hangat daripada golongan wanita rentang Sabah di kawasan tersebut.

Seramai 27 orang peserta wanita dari pelbagai latar belakang menyertai kursus ini, menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni pembuatan kuih-muih tradisional dan moden. Program bermula tepat pada pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 5 petang setiap hari, memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari pelbagai resepi dan teknik pembuatan kuih yang menarik dan sesuai untuk dijadikan hidangan harian mahupun untuk majlis tertentu.

Pihak JHEWA berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dan diwarisi oleh lebih ramai lagi di masa akan datang, sekaligus memartabatkan warisan kuih-muih tradisional Sabah serta meningkatkan ekonomi wanita tempatan.

Kursus ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa golongan wanita dan memupuk semangat berkreativiti dalam bidang Pembuatan kuih-muih. JHEWA mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dan berharap kursus seperti ini dapat diteruskan pada masa depan.

"JHEWA berharap peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan berkongsi dengan komuniti setempat, sekali gus memartabatkan warisan kulinari Sabah".

Kursus ini merupakan salah satu inisiatif JHEWA dalam memperkasakan wanita tempatan dan memupuk semangat komuniti melalui aktiviti yang berfaedah dan berbudaya.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.