2 November 2026 | Isnin, 22 Jumada I 1448 AH
JHEWA JHEWA Sabah

Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

Galeri Foto: Kursus Pengendalian Makanan Dalam Islam (Ke Arah Persijilan Halal)

1 / 8 foto

Kota Kinabalu, 21 Julai 2025 – Kursus Pengendalian Makanan Dalam Islam (Ke Arah Persijilan Halal) Mengikut Standard MUIS Halal HUB Anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, bertempat di Bilik Latihan Tingkat 3, Wisma Wanita, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JHEWA, Puan Azliana Misrah, yang mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kefahaman terhadap konsep halal dalam industri makanan, khususnya dalam kalangan usahawan wanita bimbingan JHEWA.

Kursus ini dianjurkan khas untuk Usahawan di bawah bimbingan JHEWA, dengan objektif utama seperti berikut:

1. Memberikan pengetahuan asas mengenai tatacara pengendalian makanan dalam Islam.

2. Menjelaskan konsep halal dan haram dalam penghasilan produk makanan.

3. Membincangkan amalan pengendalian serta pemprosesan produk makanan halal, isu-isu berkaitan produk halal dan permasalahan yang sering timbul dalam audit halal industri.

4. Menerangkan syarat serta prosedur Sijil Halal Industri Kolej (SHIK) dan tanggungjawab industri dalam memastikan pematuhan kepada syariah (syariah compliant).

Para peserta kursus, seramai 30 orang usahawan, telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Mereka diberi pendedahan menyeluruh menerusi sesi pembentangan yang disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman dari MUIS HALAL HUB iaitu:

-Encik Mohamad Sidik bin Awang Adi

-Ustaz Sh Suhaimi Miasin

-Cik Aza Azlin binti Suparman

Kursus ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan serta amalan pengendalian makanan halal dalam kalangan usahawan bimbingan JHEWA, sekali gus memberi mereka kelebihan dalam memenuhi standard pensijilan halal dan memperluas pasaran produk ke peringkat lebih tinggi.

JHEWA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini dan berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan demi pembangunan usahawan wanita yang berdaya saing dan patuh syariah.

JHEWA

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

Wanita Berdaya, Memakmurkan Negeri Sabah

Dikemas kini setiap hari

Statistik Trafik Web

Ringkasan jumlah paparan halaman yang direkodkan melalui analitik web portal.

Jumlah Keseluruhan Paparan 3,428,190
Tahun Ini (2026) 785,240
Bulan Ini 64,120
Minggu Ini 12,850
πŸŒ™ Tukar ke mod malam

Kebolehcapaian

Laraskan paparan laman ini. Pilihan anda disimpan pada peranti ini.

100% 100%150%

Keutamaan kurangkan gerakan pada peranti anda sentiasa dihormati. Kawalan ini melengkapi pelayar dan pembaca skrin anda.